teeteteteetesttttttt….

saje2 sbb xde keje nak try2 menorai gajet baru & app yg br jumpa….* huhuhu sadis toi kite neh, br jmpa app tu padahal org lain dah muntah ijou gn app tu T.T

bljr ltk ‘watermark’ hik3…utk keselamatan yg tidak bopa nak jamin dr dicuri picanyer =P

WIP

WIP….yg atas tu silap senanyer. Peliklak rsnyer kaler kulit gitu hahaha..terpaksa la buat lagik sekali tp senanyer nak try ltk ‘kraft@kerawitkraft’ tu jerk =P

Advertisements

Dalam Kenangan…

Al-Fatihah…..

 

*raya 2011

As salam…Raya 2013/syawal1434 kekal dalam ingatan. Al-Fatihah  utk kekanda tersayang (dlm pic~tengah2) semoga rohnyer dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan hamba2 yg beriman. Arwah menghembuskan nafasnya yg terakhir pada Syawal ke-4, jam 02.15 ptg (ahad).  Jika anda mengikuti coretan di blog sy ini, beliaulah yg sy maksudkan, kekanda yg sy jg ketika sakit 😦 kini beliau tiada lagi dcc sy 😥

*raya 2011

*sesiapa yang mengenali kekanda sy, FARIDAH AHMAD dan beliau ada mempunyai hutang dgn anda, sila la menuntut hutang tersebut drpd anakandanya Muhammad Zulfadhli.

^

^

^

Love, QQ

333

Harian Metro, Rabu, 17/07/2013

As salam…. Syukur Alhamdulillah, artikel ke-4 ttg kraft (Kerawit Kraft) kite kuar Harian Metro lagik :). Terima kasih pd famili, kwn2 & cust2 kite yg sentiasa menyokong minat kite. Kite harap pengkongsian ilmu yg sedikit ini mendapat keberkatan Allah SWT. 😀

Kraf felt sang kumbang

Oleh Rosmaliana Aida Mohd Adnan

Sekiranya ada yang mengatakan jahitan kraf suatu perkara remeh dan hanya boleh dipelajari mereka yang memiliki kepandaian menjahit, ternyata ia bukan halangan untuk melakukannya.

“Saya bukan tukang jahit profesional malah hanya mengetahui asas jahitan saja, tetapi disebabkan kesungguhan untuk mempelajarinya, ia kini menjadi sumber kewangan yang menguntungkan.

 “Asas paling penting, setiap jahitan untuk mencantumkan bahagian felt perlulah kemas supaya bentuknya kekal lama dan tidak mudah rosak,” kata pengasas perniagaan kraf dalam talian jenama Kraft At Kerawitkraft, Qaseh Qatrunnada.

Bahan yang digunakan juga mudah dan ringkas. Tidak perlu mendapatkan barangan khusus kerana apa yang menjadi keperluan hanyalah bentuk yang ingin dihasilkan serta ketelitian dan kekemasan jahitan.

Foto

“Tidak dinafikan masa yang diperuntukkan untuk menyiapkan sesuatu bentuk kraf felt agak lama bergantung kepada kesukaran dan aksesori tambahan,” katanya.
Untuk ruangan Hias kali ini, ikuti langkah mudah menyediakan kraf felt sang kumbang untuk dijadikan aksesori tambahan dalam sesuatu gubahan.

Sediakan bahannya terlebih dulu iaitu jarum, benang, gam, gunting, fiber, felt dan mata mainan palsu (saiz kecil).

selanjutnya: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Kraffeltsangkumbang/Article/index_html

 

^

^

Love, QQ

333

 

Berfikir di luar ‘kotak’

As salam kwn 🙂 puasa tak niari? tarawikh cmner? :D. niari kite nak ckp psl berfikir di luar ‘kotak’, berfikir di luar kebiasaan kita. Benda mudah je utk n3 ni tp xtau la kalo de yg rs ssh nak paham kan 😉 n3 ni jugak utk peringatan pd diri kite sendiri yer,  tp situasi ini melibat cust kite jg. Cara pemahaman agak bersimpang maka terjadi la situasi ini malam td.

citenyer bermula begini…adek ni order sarung bntl (slps ini disebut SB) mr/mrs right, warna pink + black dan SB ni mengikut lam album di FB warna dikombinasikan berlawanan. Cth: dpn pink blkg hitam. Jadi kalo latar hitam tulisannyer pink dan latar pink tulisannyer hitam

disebabkan berulangkali dier mengingatkan kite cara menyusun love yg ade huruf tu bermula dgn huruf ape maka kite snap pica bg dier tgk dulu sblm jahit. kite susun kain cenggini. Sebelah menyebelah…dan sebagaimana dier bgtau

dpn mr right, blkg A E

dpn mrs always right, blkg E A

*perhatikan pica

slps dier tgk,  dier ckp nak

dpn mr right, blkg E A

dpn mrs always right , blkg A E

jd kite amik pica sekali lagi tp msh kedudukan sebelah menyebelah 😀

*sila perhatikan betul2 ya

 

dah snap pica bg dier tgk, dier reply lagik…

‘akak, sy nak AE blkg Mr right, EA blkg Mrs Always Right bleh tak gitu?’

maka kite pon jwb..

‘bleh je dek, jd mcm pic 1st td la ya?’

dan snap pic sekali lg & adek tu reply..

‘xbleh eh kak cam sy nak tu? kalo xleh akak proceed je la cmni’.

*merujuk kpd pica no. 3, sm x pica no 1 dgn pica 3, maksud kite kedudukan EA AE tu.

tetibe kite terfikir yg adek ni tidak faham kedudukan kain SB di dalam pica hahaha.. 😀 maka wajiblah kite berfikir di luar ‘kotak’ agar adek tu paham kedudukan kain SB tu. Adek tu xpaham kedudukan sebelah menyebelah maka kite susun atas bawah plak n snap pica lagik

dpn mr right, blkg love EA

dpn mrs alwyas right, blkg AE

kite amik pica 1 1 then amik lagik pica yg kedua2nya dok sebelah menyebelah 😉

‘haaaa…camni la sy nak kak 🙂 ‘

eh…dah lain lak rsnyer kedudukan AE EA tu, tp dah dier kate hokkay…kite proceed je la…xmo pening2 langau bagai hahaha

owh syg….adakah kwn2 sumer memahami situasi ini skrg? bukankah sama je  maksudnya dgn pica yg pertama td? kedudukan sebelah menyebelah & kedudukan atas bwh shj telah mempengaruhi tahap pemikiran seseorg 😀 faham maksud sy?

akhirnya setel hal kedudukan EA…AE di SB adek neh ..ahakz…mudahkan sbnry?

Selepas ini kite wajiblah kite sll berfikir di luar ‘kotak’, berfikir di luar kebiasaan kita, bukan semua org berfikir mcm kita fikir, bukan semua org faham apa yg kita fikir dan kite juga sbnry bkn faham kesemua yg org fikir.

Wahai Cik QQ yg montel, sll lah berfikir di luar ‘kotak’ jika kamu ingin kaya & berjaya di dunia dan akhirat. Cara pemikiran tiap insan adalah berbeda.. peace yooo..

sekian, Selamat berpuasa kwn2

^

^

^

Love, QQ

333

Salam Ramadhan 1434

As Salam…kehadapan sidang hadiran sekalian…ehhh…Salam Ramadhan kwn2 semua, esok kite sumer mula berpuasa utk tahun 2013/1434, hepi tak? berkobar2 dak semangat nak posa esok?

hehehe….

*kite ghindu pokcik yg sll bg pengistiharan posa tiap2 tahun tu 😥

kepada semua pembaca blog kite neh, juga cust & bakal cust KERAWIT KRAFT https://www.facebook.com/kerawitkraft ) kite ucapkan slmt berpuasa d bulan Ramadhan, tingkatkan amal ibadat, semoga apa jua yg kita lakukan mendapat keberkatan Allah SWT. Jgn ponteng posa tau…xmo3 😉

Kite sygggg sumer 🙂

^

^

^

Love, QQ

333

Penguatkuasaan Undang2 Niaga on9

Hari ini, 1 Julai 2013, salah satu undang-undang dan peraturan baru akan mula dikuat-kuasa, iaitu Peraturan Perlindungan Pengguna (Urus Niaga Perdagangan Elektronik) 2012, sekaligus membolehkan para pengguna yang membuat pembelian secara online lebih terlindung berbanding sebelum ini.
Lebih 1,879 kes penipuan dilaporkan pada 2011.Melalui Peraturan Perlindungan Pengguna (Urus Niaga Perdagangan Elektronik) 2012 ini, ia akan memerlukan mereka yang terlibat dalam urusan jualan produk atau perkhidmatan secara online untuk mematuhi beberapa perkara, sebelum menjual di arena internet. Untuk perhatian, ia bukan sahaja hanya melibatkan penjual yang mempunyai laman tersendiri atau blogshop, tetapi turut sama meliputi mereka yang menjualnya melalui laman seperti eBay, Lelong, dan juga Mudah. Penjual yang menggunakan medium Facebook juga tertakluk kepada peraturan baru ini.

Penjual – Apa Yang Perlu Dilakukan?

Sebagai seorang penjual, anda perlu memastikan yang mana pelbagai informasi berkaitan syarikat dipaparkan pada laman jualan, membolehkan pembeli mengetahui ia dengan mudah.

Antara yang perlu dipaparkan adalah termasuk:

  • Nama orang yang menjalankan perniagaan bagi maksud membekalkan barang atau perkhidmatan melalui tapak web atau dalam pasar dalam talian, atau nama perniagaan, atau nama syarikat.
  • Nombor pendaftaran perniagaan atau syarikat.
  • Alamat e-mel dan nombor telefon, atau alamat orang yang menjalankan perniagaan bagi maksud membekalkan barang atau perkhidmatan melalui tapak web atau dalam pasar dalam talian.
  • Perihal tentang ciri utama barang atau perkhidmatan itu.
  • Harga penuh barang atau perkhidmatan termasuklah kos pengangkutan, cukai dan apa-apa kos lain.
  • Kaedah pembayaran
  • Terma dan syarat-syarat
  • Anggaran masa penghantaran barang atau perkhidmatan kepada pembeli.

selanjutnyer…… http://amanz.my/2013/06/peraturan-peniaga-dalam-talian-berkuat-kuasa-bermula-esok-1-julai/

 

 

Kopi Pasta & Tea

sekian 🙂

Love, QQ

333