Tutorial: Kucing & Arnab

bahan2nyer:

Benang, Pen penanda, gam UHU, gunting , kain felt & fiber/kapas

cara2nyer:

1) lakarkan bentuk patung arnab/kucing pada kertas tebal & guntingkan (lihat pic) Bentuknyer agak2 aje pun xper..xperlu perfect. Saiznyer ikut suka hati korang.

2) Letakkan pola pada kain flet, lakarkan & gunting kain tersebut. (lihat pic)

kaki~ 4 keping kain felt.

tangan ~ 4 keping

badan ~ 2 kpg

kepala~ 2 kpg

Telinga~ 2 keping

3) Jahit 2 kpg felt bhgn badan & tgglkan sedikit lubang utk dimasukkan fiber/kapas then teruskan jahitan kemudian matikan. gamkan bahagian kaki.

Begitu juga bahagian kepala, ttp sblm dijahit & dimasukkan fiber haruslah dilekatkan bhgn telinga & dijahit mata, hidung & mulut, sekiranya saiz patung besar, utk bhgn mata & hidung boleh gunakan manik hitam.

Pada bhgn bawah kepala di buka sedikit & selitkan bhgn bdn gamkan sedikit kemudia jahit utk mencantumkan bhgn badan & kepala.

* jika hendak dijadikan key chains or hp accessories…jahit tali di bhgn atas kepala…sikit je tali tu. Jahit di bhgn dlm & terkeluar sedikit spy boleh dicangkuk dgn hp strip or key chains.

3) Cantumkan bhgn kepala & badan kemudian tampalkan bhgn tapak kaki.

tadaaa…dah siap 😀 proses utk membuat arnab juga sama spt di atas. Comel kan?…hehehe…