Penguatkuasaan Undang2 Niaga on9

Hari ini, 1 Julai 2013, salah satu undang-undang dan peraturan baru akan mula dikuat-kuasa, iaitu Peraturan Perlindungan Pengguna (Urus Niaga Perdagangan Elektronik) 2012, sekaligus membolehkan para pengguna yang membuat pembelian secara online lebih terlindung berbanding sebelum ini.
Lebih 1,879 kes penipuan dilaporkan pada 2011.Melalui Peraturan Perlindungan Pengguna (Urus Niaga Perdagangan Elektronik) 2012 ini, ia akan memerlukan mereka yang terlibat dalam urusan jualan produk atau perkhidmatan secara online untuk mematuhi beberapa perkara, sebelum menjual di arena internet. Untuk perhatian, ia bukan sahaja hanya melibatkan penjual yang mempunyai laman tersendiri atau blogshop, tetapi turut sama meliputi mereka yang menjualnya melalui laman seperti eBay, Lelong, dan juga Mudah. Penjual yang menggunakan medium Facebook juga tertakluk kepada peraturan baru ini.

Penjual – Apa Yang Perlu Dilakukan?

Sebagai seorang penjual, anda perlu memastikan yang mana pelbagai informasi berkaitan syarikat dipaparkan pada laman jualan, membolehkan pembeli mengetahui ia dengan mudah.

Antara yang perlu dipaparkan adalah termasuk:

  • Nama orang yang menjalankan perniagaan bagi maksud membekalkan barang atau perkhidmatan melalui tapak web atau dalam pasar dalam talian, atau nama perniagaan, atau nama syarikat.
  • Nombor pendaftaran perniagaan atau syarikat.
  • Alamat e-mel dan nombor telefon, atau alamat orang yang menjalankan perniagaan bagi maksud membekalkan barang atau perkhidmatan melalui tapak web atau dalam pasar dalam talian.
  • Perihal tentang ciri utama barang atau perkhidmatan itu.
  • Harga penuh barang atau perkhidmatan termasuklah kos pengangkutan, cukai dan apa-apa kos lain.
  • Kaedah pembayaran
  • Terma dan syarat-syarat
  • Anggaran masa penghantaran barang atau perkhidmatan kepada pembeli.

selanjutnyer…… http://amanz.my/2013/06/peraturan-peniaga-dalam-talian-berkuat-kuasa-bermula-esok-1-julai/

 

 

Kopi Pasta & Tea

sekian🙂

Love, QQ

333

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s