Doa Pembuka Apa Yang Tertutup

DOA PEMBUKA APA YG TERTUTUP

Bagus diamalkan utk….
a) Hati yg tertutup utk melakukan amal soleh
b) Hati yg tertutup utk melakukan amal jariah
c) Hati yg tertutup utk menerima nasihat
d) Pintu rezeki yg dirasakan seperti tertutup
e) Minda @ akal yg dirasakan seperti tertutup
f) Hati yg tertutup utk berkahwin

^

love, QQ

333

*Niat di hati : Moga perkongsian ini dirahmati & diberkati Allah SWT πŸ™‚

7 Kedahsyatan Ayat Kursi

 

7 KEDAHSYATAN AYAT KURSI

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dlm lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap sembahyang,tida k menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT
menganugerahkan dia setiap hati orang yg bersyukur,setia p perbuatan orang yg
benar,pahala nabi2 serta Allah melimpahkan padanya rahmat.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT
mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya – mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Dari Abdullah bin ‘Amr r.a., Rasulullah S.A.W.
bersabda,Sampai kanlah pesanku biarpun satu ayat…”

 

^

Love, QQ

333

 

Niat di hati: Moga perkongsian ini diberkati & dirahmati Allah SWT πŸ™‚

 

Nama2 anak di dalam Islam

ehem2..disebabkan kite baru je mendapat cucu saudara yg ke-16 dan nama yg diberikan oleh ibu bapanyer DAFFA IBNU HAFIDZ bin Kamarul Ariffin, maka kite sedikit rs was2 ttg makna nama tersebut

Daffa : Pembela

Hafidz : (tiada makna lam carian kite)

Hafiz: penjaga/pelindung

hafidh: pemelihara/ Penghafal

Ibnu: anak laki2

Ibnu:………..

Ibnu Abbas Nama sahabat dan paman Nabi Muhammad SAW, ahli tafsir
Ibnu Hajar Nama ulama penyusun kitab hadits Bulughul Marom
Ibnu Kholdun Filosof dan sosiolog muslim 

jadi camner jadinyer susunan nama tersebut? kompius πŸ˜›

kite skodeng sini ~ http://shafiqolbu.wordpress.com/2012/01/26/nama-anak-yang-baik-dalam-islam/

love, QQ

333

β€Ž13 Aurat Wanita

β€Ž13 Aurat Wanita

1. Bulu kening – Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening – Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng – Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – Petikan dari…
Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah ….

3. Wangian – Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang – Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada – Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

5. Gigi – Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher – Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tangan – Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecu ali pergelangan tangan dan wajah saja – Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

8. Tangan – Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya – Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata – Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.
Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10. Mulut (suara) – Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik – Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.
Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi – Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.

11. Kemaluan – Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya – Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.
Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12. Pakaian – Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.
Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.

Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut – Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

p/s: Take Not Muslimah!! Mari mengejar syurga Allah… #Allah… #InsyaAllah…

^

^

^
Love, QQ

~333

*kite yg berdosa T.T….

JANGAN……

JANGAN dalam Islam

– JANGAN tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki Mahal kerana berpagi-pagi itu membuka pintu Berkat.
– JANGAN makan tanpa membaca BISMILLAH dan DOA makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
-JANGAN tambah perhiasan di badan kerana Allah sudah jadikan Manusia Makhluk yang paling Sempurna
– JANGAN keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.Takut-takut kita mati dalam perjalanan.
– JANGAN pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.Makruh dan mewarisi kepapaan.
– JANGAN biarkan Mata liar di perjalanan.. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
– JANGAN menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
– JANGAN ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang Kita bersalah.
– JANGAN mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan Kita hilang bahagia.
– JANGAN lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja Kita. Nanti Kita sombong apabila berjaya.Kalau gagal kecewa pula.
– JANGAN bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki Kita.
– JANGAN banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
– JANGAN biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada Kita.
– JANGAN suka menganiaya manusia atau haiwan.. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
– JANGAN terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
– JANGAN mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan Kita.

ALLAH lebih tahu. Wallahualam.. Jangan Lupa Share kepada rakan-rakan anda….

^
^
sdg apa dan di mana?
333

Saf Solat Yang Sering Kita Abaikan

Cara-Cara Merapatkan Saf Yang Betul

1. Merapatkan bahu dengan bahu, lutut dengan lutut, dan mata kaki dengan mata kaki sebagaimana hadis berikut:
● Dari Nu’man bin Basyir r.a. berkata, “Aku melihat seseorang merapatkan bahunya dengan bahu saudaranya, merapatkan (melekatkan) lututnya dengan lutut saudaranya dan mendekatkan mata kakinya dengan mata kaki saudaranya.” (Hadis Riwayat Bukhari, Kitab Azan, no. 76. Abu Daud, no. 616)
2. Meratakan/meluruskan telapak kaki dengan talapak kaki saudaranya dan meluruskan telapak kaki ke arah kiblat.
● Dari Anas bin Malik r.a. berkata, “(Pada waktu solat) masing-masing dari kami meratakan bahunya dengan bahu saudaranya dan telapak kakinya dengan telapak kaki saudaranya.” (Hadis Riwayat Bukhari, no. 725)
● “Baginda menghadapkan hujung-hujung kedua-dua jari-jemari kaki baginda ke arah kiblat”. (Hadis Riwayat Bukhari dan Abu Daud) Baginda s.a.w. mengarahkan jari-jemari kakinya ke arah kiblat. (Rujuk: Tuntutan Rasulullah Dalam Ibadah, hlm. 19. Ibn Qaiyyim al-Jauziyah – Dinukil dari buku: Solatlah Sebagaimana Rasulullah s.a.w. Solat, Oleh Ustaz Rasul Dahri)

Kaki diluruskan ke arah kiblat

Posisi kaki yang sering kita lakukan

3. Menutup ruang/celahan di antara saf.
● Dari Ibnu Umar bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tegakkanlah saf-saf, sejajarkanlah bahu-bahu kalian, tutupkanlah celah-celah, dan lembutkanlah diri kalian untuk disentuh tangan-tangan saudara kalian. Jangan biarkan celah-celah untuk dimasuki syaitan. Barangsiapa yang menyambung saf, maka Allah menyambungnya dan barangsiapa yang memutuskan saf, maka Allah memutuskannya.” (Hadis Riwayat Abu Daud, no. 666. an-Nasa’i, 2/93. Ahmad, 2/97. Juga Dinilai Sahih oleh al-Albani di dalam Sahih Abi Daud, 1/197)
● Rasulullah s.a.w. bersabda, “Demi jiwaku yang ada di tangan-Nya, aku melihat syaitan masuk di celah-celah saf, sebagaimana masuknya anak kambing.” (Hadis Riwayat Abu Daud, no. 667. Dinilai Sahih oleh al-Albani di dalam Sahih Sunan Abi Daud, 1/198)


4. Meletakkan posisi badan dalam keadaan yang baik/betul.

● Dari an-Nu’man bin Basyir: beliau berkata, “Dahulu Rasullullah meluruskan saf kami sehingga sampai seperti meluruskan anak panah hingga beliau memandang kami telah faham apa yang beliau perintahkan kepada kami (sehingga saf kami telah rapi), kemudian suatu hari beliau keluar (untuk solat) kemudian beliau berdiri, hingga ketika beliau akan bertakbir, beliau melihat seseorang yang dadanya terkehadapan, maka beliau bersabda, “Wahai para hamba Allah, hendaklah kalian benar-benar meluruskan saf atau Allah
akan memperselisihkan wajah-wajah kalian”. (Diriwayatkan oleh Muslim, no. 436)

Kedudukan saf yang betul dan rapi

Kedudukan saf yang salah

*renung2kanlah….

*Nota Tangan: Aku amik dr sini ~ http://www.sepaku.net/sepaku-nur-addin/21947-saf-solat-yang-sering-kita-abai.html#post343567

[G]anjaran Wuduk Serta Niat

RASULULLAH SAW bersabda: ” barang sesiapa berwuduk dengan membaguskan wuduknya maka keluarlah dosa-dosanya dari kuku jari-jemarinya.”(hadis riwayat muslim) wuduk yang sempurna disertakan niat yang jelas pasti dirahmati Allah SWT.insya-Allah,kita akan mendapat solat yang khusyuk dan di terima Allah SWT.banyak hikmahnya berwuduk disertakan dengan niat kerana ia bukan sahaja berguna di dunia malah di akhirat dengan dengan keredaan-NYA.:


*KETIKA BERKUMUR: berniatlah,”Ya Allah,ampunilah dosa mulut dan lidahku ini.”

penjelasannya setiap hari kita bercakap perkara tidak berfaedah dan dengan niat berkenaan,semoga kita tidak dapat lagi memperkatakan sesuatu yang tidak membawa kebaikan.


*KETIKA MEMBASUH MUKA: berniatlah,”Ya Allah,putihkanlah wajahku di akhirat kelak.janganlah kau hitamkan muka ku ini.”

penjelasannya,ahli syurga,wajah mereka berseri-seri dan semoga kita tergolong di kalangan mereka.


*KETIKA MEMBASUH TANGAN KANAN: berniatlah,”Ya Allah, berikanlah hisab-hisabku di tangan kananku ini.”

penjelasannya ahli syurga diberikan hisabnya di tangan kanan.


*KETIKA MEMBASUH TANGAN KIRI: berniatlah,”Ya Allah,janganlah kau berikan hisab-hisabku di tangan kiriku ini.”

penjelasannya,ahli neraka diberikan hisab di tangan kiri.


*KETIKA MEMBASUH KEPALA: berniatlah,”Ya Allah,lindungilah aku daripada panas terik matahari di padang Masyar dengan Arasy-mu.”

penjelasannya,panas di Padang Mahsyar seperti matahari sejangkal di atas kepala.


*KETIKA MEMBASUH TELINGA: berniatlah,”Ya Allah,ampunilah dosa telingaku ini.”

penjelasannya,setiap hari kita mendengar orang mengumpat,memfitnah dan lain-lain perkataan buruk.


*KETIKA MEMBASUH KAKI KANAN: berniatlah,”Ya Allah,permudahkanlah aku melintsai siratul mustaqim.”

penjelasannya,ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali.


*KETIKA MEMBASUH KAKI KIRI: berniatlah,”Ya Allah,bawakanlah aku pergi ke masjid,surau dan bukan tempat bermaksiat.”

penjelasannya,qada’dan qadar kita di tangan Allah SWT.

[N]ak Cantik & Menarik?….

# Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai “hiasan mata” anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.

# Oleskan “lipstik kejujuran” pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.

# Gunakanlah “pemerah pipi” anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman.

# Pakailah “sabun Istighfar” yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.

# Rawatlah rambut anda dengan “Selendang Islami” yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yang merbahayakan.

# Hiasilah kedua tangan anda dengan “gelang Tawadhu” dan jari-jari anda dengan “cincin Ukhuwwah”.

# Sebaik-baiknya kalung anda adalah “kalung kesucian”.

# Bedaklah wajah anda dengan “air Wudhu” nescaya akan bercahaya di akhirat.