bantal lagik

bantal pic anak2 flinstone neh mmg ramai yg request, suke bebenor diorg..cute katenyer…ye la sgt =P

bila dah siap kite jahit kat bantal muchuk neh…tadaaa…..

amel love kiseop *pelik toi munyik namanyer hehehe….ade kite kecah? miahkakaka

^

^
^

awak xpernah kecah kite pon xkecah =P

333

~

2 org budak yg buat umah kite kecoh di hari ke-2 puasa…jenuh pujuk tahan puasa sampai waktu berbuka…berjanji sakan dgn diorg ni hahaha akhirnya berjaya diorg puasa abis 1 hari 😀

xoxo

Danbo_loves_you__by_BeciAnn
i’m not a good speaker
i’m a shy girl
i blush easily
i don’t speak much
especially these things
my feelings
but i want you to know
i like your smile
i like your eyes
i like your touch
i like your gesture
i like your warmth
i like your patience
i like your personality
i like your weirdness
i like your laugh
i like your everything,
even the part that you don’t like
i like you
i’m addicted to you
yes you
i love you

cara install CINTA KASIH

Cara Install Cinta Kasih


Pelanggan (P):  Saya ingin memasang cinta kasih. Bolehkah anda memandu saya prosesnya?
Costumer Service (CS) : Ya, saya boleh membantu anda. Anda siap?
P: Saya tidak faham secara teknikal, tetapi saya bersedia untuk memasangnya sekarang. Apa yang perlu saya lakukan dahulu?
CS: Langkah pertama adalah membuka HATI anda. Tahukan anda di mana HATI anda?
P: Ya, tapi ada banyak program yang sedang aktif. Adakah saya tetap boleh memasang sementara program-program tersebut berjalan?
CS: Program apa saja yang sedang aktif?
P: Sebentar, saya lihat dulu, Program yang sedang aktif adalah SAKITHATI.EXE, RENDAHDIRI.EXE, DENDAM.EXE dan BENCI.COM.
CS: Tidak apa. CINTA-KASIH akan menghapuskan SAKITHATI.EXE dari system anda.
CINTA-KASIH akan menimpa RENDAHDIRI.EXE dengan modul yang disebut PERCAYADIRI.EXE.
Tetapi anda harus mematikan BENCI.COM dan DENDAM.EXE kerana Program tersebut akan menyebabkan CINTA-KASIH tidak dipasang secara sempurna.
P: Saya tidak tahu cara mematikannya. Bagaimana caranya?
CS:  Gunakan Start menu dan hidupkan MEMAAFKAN.EXE. lalu Aktifkan program ini sekerap mungkin sampai BENCI.COM dan DENDAM.EXE terhapus.
P: OK, sudah. CINTA-KASIH mulai dipasang secara automatik.Adakah ini wajar?
CS: Ya, anda akan menerima mesej bahawa CINTA-KASIH akan terus dipasang kembali dalam HATI anda. Adakah anda melihat mesej tersebut?
P: Ya. Apakah sudah selesai dipasang?
CS: Ya, tapi ingat bahawa anda hanya punya program dasarnya saja.Anda perlu menyambungkan dengan HATI yang lain untuk meng-upgrade nya.
P:  Uups. Saya mendapat mesej error. Apa yang harus saya lakukan?
CS: Apa mesej?
P: ERROR 412 – PROGRAM NOT RUN ON INTERNAL COMPONENT “. apa ertinya?
CS: Jangan khuatir, itu masalah biasa. Ertinya, program CINTA-KASIH diset untuk aktif di HATI luaran tetapi belum boleh aktif dalam HATI internal anda. Dalam istilah non-teknikal ini bererti anda harus men-“CINTA-KASIH”-i mesin anda sendiri sebelum men-“CINTA-KASIH”-i orang lain.
P: Lalu apa yang harus saya lakukan?
CS: Dapatkan anda klik pulldown direktori yang disebut “PASRAH”?
P: Ya, sudah.
CS:  Salin  file-file tersebut  ke direktori “MYHEART” MEMAAFKAN-DIRI-SENDIRI.DOC, dan MENYADARI-KEKURANGAN.TXT. Sistem akan menimpa file-fail yang rosak dan mula memperbaiki program-program yang salah. Anda juga perlu mengosongkan Recycle Bin untuk memastikan program-program yang salah tidak muncul kembali.
P: Sudah. Hei! HATI saya terisi file-fail baru. SENYUM.MPG aktif dipantau saya dan menandakan bahawa DAMAI.EXE dan KEPUASAN.COM dicopy ke HATI. Adakah ini wajar?
CS: Kadang-kadang. Orang lain mungkin perlu masa untuk memuat turunnya. Jadi CINTA-KASIH telah dipasang dan aktif. Anda harus boleh menanganinya dari sini. oh ya, Ada satu lagi hal yang penting.
P: Apa?
CS: CINTA-KASIH adalah freeware. Pastikan untuk memberikannya kepada orang lain yang anda temui. Mereka akan share ke orang lain dan seterusnya sampai anda akan menerimanya kembali.
Good luck, try to install it in your life!!!

Erti Sebuah CHENTA

Dalam menikmati keindahan alam percintaan , sebuah pasangan kerap kali alpa akan erti sebuah cinta yang sebenar. Di mana silapnya kehancuran mahligai yang dibina setelah sekian lama? Ke mana hilangnya ghairah pesona asmara yang dipupuk sekian lama akhirnya menemui titik nokhtah ?

Ini jawapannya, 3 teras elemen yang perlu semua pasangan bercinta terapkan dan pasakkan dalam diri dan sanubari supaya keutuhan cinta bersemi mekar setiap masa dan ketika untuk merealisasikan impian berkekalan sampai ke akhir hayat .

PERTAMA : SAYANG

Kerana sayang menyayangi dan mengasihi satu sama lain adalah merupakan unsur penting dalam bercinta . Sayanglah yang akan membawa kepada perasaan Cinta. Bagaimana nak cintakan seseorang kalau tidak sayang ? SAYANG tidak bererti cinta . Dalam CINTA mesti ada SAYANG ,  tapi dalam SAYANG tak semestinya ada CINTA . Perbezaan licik yang mesti anda tahu . Kalau ada insan yang anda suka dan hanya menyatakan rasa sayangnya SAHAJA better ask for details , sebab sayang boleh jadi banyak maksud seperti sayang sebagai rakan , sayang sebagai adik dan banyak lagi . Sayang juga membawa maksud melindungi dan mengambil berat akan pasangannya . CINTA pula sesuatu yang lebih serius .

KEDUA : JUJUR

Kerana kejujuran dan kepercayaan tonggak utama keutuhan sebuah cinta . Bayangkan CINTA tanpa kejujuran ? Tiada kemanisan dan tiada makna apa apa . Seperti kata kata cinta yang berbunyi kita jatuh cinta kerana sebuah perkenalan , bersemi cinta kerana kasih sayang , berkekalan sebuah percintaan kerana KEJUJURAN .  Terutamanya untuk cinta jarak jauh , elemen ini sangat penting dalam memastikan cinta sesuatu pasangan itu kekal lama dan berjaya sehingga ke institusi kekeluargaan .

“Sesungguhnya sifat benar (jujur) itu membawa kepada kebaikan dan kebaikan ini membawa ke syurga dan seseorang itu akan terus bersifat benar sehinggalah beliau ditulis di sisi Allah sebagai orang yang bersifat benar.. (HR Bukhari dan Muslim).

KETIGA : TANGGUNGJAWAB

Kerana ingin melatih pasangan untuk menjadi lebih matang dan bersedia untuk berumahtangga. Tanggungjawab bukan dari sebelah pihak sahaja malah mestilah dr kedua dua belah pihak yakni lelaki dan perempuan . Di sini lelaki memainkan peranan penting dalam hubungan kerana beliau adalah bakal manjadi pemimpin terhadap keluarga yang bakal dibina . Persediaan kelengkapan harian , makan minum , kesihatan dan sebagainya merupakan tanggungjawab seorang pemimpin.

“Setiap orang dari kamu adalah pemimpin, dan kamu bertanggungjawab atas kepimpinan itu”. (Hadith riwayat Shahih Bukhari – Muslim).

Sama seperti kaum hawa , anda juga perlu bijak dalam menggalas tanggungjawab seperti memelihara maruah keluarga dan bertindak sebagai pendokong utama hubungan anda yang bakal di layari kelak . kalau tidak reti menggalas tanggungjawab jangan sesekali ada hati ingin bercinta . Human born with responsibility.

“Anda tidak boleh lari dari tanggungjawab hari esok dengan menghindarinya pada hari ini”.(Abraham Lincoln)

~He [L]oves Me, He [L]ove Me Not…..

he loves me, he loves me not, he loves me, he loves me not, he loves me, he loves me not, he loves me, he loves me not, he loves me, he loves me not, he loves me, he loves me not, he loves me, he loves me not, he loves me, he loves me not, he loves me, he loves me not, he loves me, he loves me not, he loves me, he loves me not, he loves me, he loves me not, he loves me, he loves me not, he loves me, he loves me not, he loves me, he loves me not, he loves me, he loves me not, he loves me, he loves HER not, he loves me, he loves her not, he loves me, he loves her not, he loves me, he loves her not, he loves me, he loves her not, he loves me, he loves her not, he loves me, he lovers her not, he loves me, he loves her not, he loves me, he loves her not…. 😀

Bling Bling
the result is…he loves her so much n he hate me 4-ever….

uwaaaa…….. 😦

~ I hate u….

.:i!i!i!:.:i!i!i:.
:’i  (‘)””(‘)   i:
“.  (‘o’, )  .”
‘+¥,+’

I HATE U…YAPPP…I REALLY HATE U……4-EVER..!!!!!!!!!!

dam it….y me? y u hate me?…are u crazy?…

yup….i’m crazy to loving u…

so? y u say u hate me?…are u kidding?

nope….i really hate u…i mean it…

no…please explain to me…i cannot believe that…

okay2….I Hate U…

H=Happy to see you.
A= Always miss you.
T = Take u in my mind.
E= Everyday never forget u.

so I really want 2 say..I HATE U. PLS HATE ME 2..

ahakz….. 😀

i hate u

()”*() .*””*.*””*.
( ‘o’,) * I MIsS U*
(,(“)(“) “*_ _*”

Komuniti sepaku.net

[T]ip [H]adapi [M]usibah [C]inta

EKSPRESI cinta membuatkan ramai insan berasa begitu bahagia dan dihargai kerana ada seseorang yang sentiasa berdiri di belakang di kala semangat hidup semakin patah. Bahkan cinta juga memberi kekuatan untuk meneruskan perjalanan yang selama ini bagaikan sudah kabur dan tiada arah tujuan.

Namun, apabila lima perkataan itu – cinta – semakin pudar dek banyak halangan dan onak, anda terpaksa melupakannya. Rasa pedih dan patah hati apabila diri dikecewakan adalah ketentuan yang perlu ditempuhi.
Biarpun terpaksa melupakannya untuk seketika atau selamanya, harus diingat itu semua bukan kehendak anda.
Mula-mula memang agak sukar untuk menerima kenyataan menempuh kekecewaan tetapi lama kelamaan, ia pasti boleh dihadapi.
Tidak dinafikan hidup ini sunyi tanpa cinta tetapi kena ingat, semuanya datang daripada-Nya.
Takdir mengatasi segalanya dan kekuatan diri harus dibina untuk mampu berdiri dan terus melangkah bagi membina cinta, seterusnya yang lebih teguh sehingga bahagia selamanya.


* Latih minda melupakan kenangan pahit

Bunyinya senang namun bagi yang menanggungnya, ia perlu dilakukan secara berterusan. Mengaku saja anda sering berasa sedih sebab banyak kali mengingat kenangan pahit atau selalu kembali ke memori silam yang sering melukakan.
Untuk itu, anda harus mengatakan pada diri ‘berhenti’ mengingati kenangan melukakan itu terutama ia memberi kesan emosi yang mendalam dalam kehidupan kini.
Mulai hari ini, tekad untuk melupakan semua itu sehingga membiarkan minda menjadi kosong. Tekadkan azam untuk memfokus kepada masa depan, cita-cita, keluarga, kerjaya, kewangan, keilmuan dan rakan.
Anda tidak akan dapat melupakan semua memori pahit sekali gus tetapi lakukan perlahan-lahan dengan mengalihkan perhatian kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa tetapi tidak mustahil dengan disiplin diri yang kuat, segalanya akan berubah.

*Latih2…dah hampir berjaya…cikittttttt je lagik ahakz,……


Buang sikap risau

Ada dua kesan daripada sikap risau. Pertama, ia menarik nasib tidak baik, masalah dan musibah tanpa anda pinta.
Kedua, ia memberi kesan buruk pada kesihatan sama ada dari segi fizikal atau mental. Risau membuatkan diri selalu sedih dan kecewa, kadang-kadang takut. Untuk membuang sikap itu, belajar untuk bertenang dan latih diri anda mengawal keadaan.

* riso?….riso?….x kot…mnde riso2 nih


Belajar bersyukur

Ucap syukur atas semua yang ada, apa saja! Misalnya, ucap syukur kerana anda masih ada lima deria yang lengkap, boleh melihat dan menarik nafas setiap kali bangun tidur. Syukur kerana ada kawan rapat yang memahami dan mempunyai telefon bimbit kesayangan. Ucap syukur sebanyak mungkin dan seikhlas hati hingga rasa syukur itu meresap jauh ke dalam diri. Buat banyak kali dalam sehari.
* Syukur2….syukur atas segala nikmat yg Dia berikan.


Belajar jadi pemaaf

Sikap pemaaf dapat membersihkan hati daripada perasaan dan emosi negatif (takut, sedih, kecewa, gusar, menyampah, marah, geram, cemburu, tidak puas hati, dendam atau busuk hati). Seterusnya, neutralkan gelombang fikiran negatif yang melekat bersarang di minda anda.
Anda sebenarnya selalu sedih dan kecewa kerana tidak memaafkan kesalahan diri anda pada masa lalu ataupun tidak memaafkan kesalahan orang lain terhadap diri anda suatu ketika dulu.
Mungkin juga anda susah menerima hakikat perbuatan salah orang lain yang membuatkan sering dibuai kesedihan, kekecewaan dan lara berpanjangan. Belajarlah menjadi pemaaf dan menghapuskan semua ini lalu menarik ketenangan datang pada diri anda.

* Ungkapan maaf tu payah utk dilafazkan wooo……cucah2


Ketawa, ketawa dan terus ketawa

Ketawa bukan dibuat-buat, tapi biar ketawa yang benar-benar menggembirakan dan menjadikan anda girang. Tonton video lucu, baca cerita lucu, dekatkan diri dengan rakan yang lucu serta cari sudut melucukan dalam setiap situasi agar anda boleh ketawa secara automatik. Ketawa dapat menghilangkan sedih. Mengapa melayan kecewa sedangkan anda boleh ketawa?

*aku suke2…..aku suke ketawa….ahakz…. 😀

Ubah fikiran

Kita tidak boleh mengubah situasi yang boleh membuat diri kecewa, sedih dan murung. Tetapi, anda boleh mengubah fikiran dan apa yang anda fikirkan mengenai situasi itu walau seburuk manapun ia.
Rahsianya, cari sinar mentari di sebalik mendungnya awan. Walaupun ia tidak berpihak kepada anda, cari cara untuk menemui nilai positif di dalamnya.
Fikir yang baik-baik saja kerana ia memberi keuntungan jangka panjang. Rezeki anda murah dan segala yang baik-baik datang sendiri pada anda. Anda menjadi apa yang anda mahukan.
Mengapa fikir perkara buruk sedangkan anda boleh menarik semua yang baik-baik? Fikir yang buruk, anda dapat yang buruk. Ini hukum alam yang dinamakan hukum ‘sebab dan akibat’.

*Cari sinar mentari di sebalik mendungnyer awan…iskhhh…cmno tu?…musykil2


Hati mesti ‘keras’

Bukan keras sebarangan, maksudnya kekerasan hati, kesabaran tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka.
Allah menurunkan musibah dan permasalahan bukan sekadar dugaan tetapi balasan pada perbuatan anda pada masa lalu.
Sebelum tidur, tetapkan minda untuk jadi ceria pada keesokan harinya. Lafazkan dengan nada berbisik. Relaks, jangan terlalu mendesak diri. Selepas bangun tidur, katakan pada diri, ini adalah hari yang baru untuk anda.
Tekadkan diri untuk menjadikan hari yang baru itu hari yang baik, sungguh baik serta sebaik yang mungkin daripada hari sebelumnya.

* Ayooo…hati mau keras ka? xyah keras sgt….bior takat beku yg leh cair dah ler…ahakz….