Erti Sebuah CHENTA

Dalam menikmati keindahan alam percintaan , sebuah pasangan kerap kali alpa akan erti sebuah cinta yang sebenar. Di mana silapnya kehancuran mahligai yang dibina setelah sekian lama? Ke mana hilangnya ghairah pesona asmara yang dipupuk sekian lama akhirnya menemui titik nokhtah ?

Ini jawapannya, 3 teras elemen yang perlu semua pasangan bercinta terapkan dan pasakkan dalam diri dan sanubari supaya keutuhan cinta bersemi mekar setiap masa dan ketika untuk merealisasikan impian berkekalan sampai ke akhir hayat .

PERTAMA : SAYANG

Kerana sayang menyayangi dan mengasihi satu sama lain adalah merupakan unsur penting dalam bercinta . Sayanglah yang akan membawa kepada perasaan Cinta. Bagaimana nak cintakan seseorang kalau tidak sayang ? SAYANG tidak bererti cinta . Dalam CINTA mesti ada SAYANG ,  tapi dalam SAYANG tak semestinya ada CINTA . Perbezaan licik yang mesti anda tahu . Kalau ada insan yang anda suka dan hanya menyatakan rasa sayangnya SAHAJA better ask for details , sebab sayang boleh jadi banyak maksud seperti sayang sebagai rakan , sayang sebagai adik dan banyak lagi . Sayang juga membawa maksud melindungi dan mengambil berat akan pasangannya . CINTA pula sesuatu yang lebih serius .

KEDUA : JUJUR

Kerana kejujuran dan kepercayaan tonggak utama keutuhan sebuah cinta . Bayangkan CINTA tanpa kejujuran ? Tiada kemanisan dan tiada makna apa apa . Seperti kata kata cinta yang berbunyi kita jatuh cinta kerana sebuah perkenalan , bersemi cinta kerana kasih sayang , berkekalan sebuah percintaan kerana KEJUJURAN .  Terutamanya untuk cinta jarak jauh , elemen ini sangat penting dalam memastikan cinta sesuatu pasangan itu kekal lama dan berjaya sehingga ke institusi kekeluargaan .

“Sesungguhnya sifat benar (jujur) itu membawa kepada kebaikan dan kebaikan ini membawa ke syurga dan seseorang itu akan terus bersifat benar sehinggalah beliau ditulis di sisi Allah sebagai orang yang bersifat benar.. (HR Bukhari dan Muslim).

KETIGA : TANGGUNGJAWAB

Kerana ingin melatih pasangan untuk menjadi lebih matang dan bersedia untuk berumahtangga. Tanggungjawab bukan dari sebelah pihak sahaja malah mestilah dr kedua dua belah pihak yakni lelaki dan perempuan . Di sini lelaki memainkan peranan penting dalam hubungan kerana beliau adalah bakal manjadi pemimpin terhadap keluarga yang bakal dibina . Persediaan kelengkapan harian , makan minum , kesihatan dan sebagainya merupakan tanggungjawab seorang pemimpin.

“Setiap orang dari kamu adalah pemimpin, dan kamu bertanggungjawab atas kepimpinan itu”. (Hadith riwayat Shahih Bukhari – Muslim).

Sama seperti kaum hawa , anda juga perlu bijak dalam menggalas tanggungjawab seperti memelihara maruah keluarga dan bertindak sebagai pendokong utama hubungan anda yang bakal di layari kelak . kalau tidak reti menggalas tanggungjawab jangan sesekali ada hati ingin bercinta . Human born with responsibility.

“Anda tidak boleh lari dari tanggungjawab hari esok dengan menghindarinya pada hari ini”.(Abraham Lincoln)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s