Harian Metro, 08/05/2013, Rabu (3)

Alhamdulillah, artikel ke-3 telah pon kluar, dah lewat ptg br tahu, kuar lam ujan ke kedai beli surat kabor neh. Kite harap perkongsian sedikit ilmu yg kite ade dapat membantu sumer org. Kite juga harap agar perkongsian ini mendapat berkat dr Allah SWT. Untuk pengetahuan semua, tutorial ni dr cara kite buat sendiri setelah kite berusaha dgn kerasnyer, nmpk mudah..sblm kite tahu caranya puas la try & error😀, pernah minta bantuan dr seorg crafter yg famous amos, kuar tv, kuar paper kuar majalah, tp syg😦 tidak dilayan. Alhamdulillah dgn usaha kite & pertolongan Allah juga sokongan keluarga & kwn2 kite dpt gak buat si comel neh. Sebelum ni dah ade tutorial kan? ingat tak?😀

🙂 QQ sygggg semua

Hati

Kraf felt rangsang minda

Oleh Rosmaliana Aida Mohd Adnan

Penggunaan felt sebagai bahan kraf makin mendapat perhatian. Rekaannya bukan saja boleh dipelbagaikan dengan mudah, malah setiap hasil di­ketengahkan comel dan menarik.

Bagi mereka yang menggemari seni kraf felt, produk yang dihasilkan tidak hanya terhad kepada bentuk tertentu saja, sebaliknya ia boleh dipel­bagaikan mengikut cita rasa tersendiri.

Jika pelukis menyerlahkan hasil lukisannya dengan membayangkan bentuk sebenar satu-satu objek tetapi untuk kraf felt, ia diubah suai untuk membentuk rekaan yang lebih santai namun menyerlah.

Pengasas perniagaan kraf dalam talian jenama Kraft At Kerawitkraft, Qaseh Qutranunnada mengakui tidak mudah untuknya bertahan dalam dunia perniagaan kraf felt.

Foto1.Bahan-bahannya: Kain felt(kuning/hitam/putih),mata mainan bersaiz kecil,gunting, benang,jarum, gam UHU, Fiber, dan reben hitam (saiz kecil)

Bayangkan pelanggan sentiasa menantikan bentuk dan corak baru tetapi bukan mudah untuk menyediakannya.
Jika menghasilkan objek kraf baru bukan bermakna bentuk terbabit akan kekal ‘milik’ sendiri selamanya kerana ia cukup mudah ditiru.

Bagi pembuat kraf, sekali pandang saja sudah boleh mengetahui cara penyediaan bentuk felt berkenaan. Oleh itu, penting untuk sentiasa mengemaskini ­koleksi sedia ada.

Oleh kerana pelanggan sentiasa menanti produk baru, maka pembuat kraf perlu rajin merangsang idea mereka.

“Kebiasaannya saya meneliti bentuk terkini yang digemari dan kemudian me­ngubah suai sedikit supaya ia kelihatan berbeza dengan rekaan asal. Kreativiti untuk menghasilkan kraf felt juga perlu diserlahkan secara menyeluruh supaya rekaan berkenaan tidak ketinggalan daripada arus permintaan perdana,” katanya.

Setiap satu bahagian felt yang digunakan akan dijahit dengan teliti menggunakan kaedah jahitan jelujur dan diletakkan fiber di dalamnya bagi membentuk lekuk dan bentuk diingini.

Bagi mereka yang mahir menjahit, proses ini amat mudah untuk dilakukan tetapi bagi mereka yang kurang mahir, cubaan perlu dilakukan sebanyak mungkin bagi menyesuaikan diri dan tangan terhadap bentuk dihasilkan.

“Penggunaan teknologi seperti Internet banyak membantu dalam latihan terutama bagi menghasilkan bentuk yang agak sukar. Namun bergantung kepada kesungguhan pembuatnya, ia boleh dilakukan dengan mudah dan secara bersahaja,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/07

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Kraffeltrangsangminda/Article/index_html

^
^

Love, QQ

333

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s