Cinta e2 Love… Love e2 Cinta…

1. Kita mengetahui yang kita merindui seseorang apabila jantung kita berdegup pantas ketika teringatkan dia. Dan walaupun sekadar “Hai” daripada dia sudah cukup menenangkan hati yang bergelora…

(kita mungkin menaruh hati kepadanya, cuma kita tidak menyedarinya ataupun kita tidak mahu menerimanya sebagai kenyataan…)

2. Jangan jadi terlalu baik, kami akan merinduimu. Jangan terlalu mengambil berat, kami mungkin menyukaimu. Jangan jadi terlalu ‘sweet’, kami mungkin jatuh hati kepadamu. Amat sukar untuk kami menyayangimu jika kau tidak mahu membalasnya.

(seseorang yang membuat kita jatuh hati kepadanya sebenarnya menyayangi kita lebih daripada kita menyayangi dia…)

3.J ika seseorang hadir dalam hidup kita dan menjadi sebahagian daripada kita, tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih…terimalah kenyataan itu dan sekurang2nya dia pernah membahagiakan kita.

(Masa akan menentukan segalanya, jika dia ditakdirkan bersama kita, dia akan kembali…)

4. Jangan melarikan diri dari ‘cinta’ apabila ia berada di hadapanmu, Jangan melarikan diri daripadanya kerana suatu hari nanti, kau pasti akan teringatkannya kembali dan menyesali perbuatanmu itu.

(hargai orang yang menyayangimu, bukan mudah untuk mencari orang yang menyayangi kita, yang paling berharga ialah hati yang ikhlas…)

5. Penyesalan terbesar dalam hidup ialah risiko yang kita tidak ambil. Jika kita merasakan sesuatu itu akan membuatkan kita bahagia, maka teruskan. Ingatlah bahawa kita akan melalui semua ini hanya sekali, mungkin tiada lagi peluang kedua.

(Masa tidak menunggu kita. Jika kita rasakan kita telah bertemu dengan orang yang sesuai, maka hargailah dia, jangan biarkan dia berlalu begitu sahaja. Jangan bertangguh kerana takut. Cubalah dahulu atau kita akan menyesal kerana membiarkan ia berlalu begitu sahaja. Tiada sesiapapun yang tahu apakah yang membuatkan kita benar2 bahagia…)

6. Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yang satu lagi, “Saya air mata seorang gadis yang menyayangi seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?”.
Jawab titis air mata kedua tu, “Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang menyayangi saya berlalu begitu sahaja.”

(Tiada sesiapapun yang simpati kepada orang yang sengaja membiarkan peluang pergi begitu sahaja tanpa berusaha untuk mendapatkannya atau mempertahankannya. Kita selalunya tidak menghargai seseorang yang hampir atau menyayangi kita sehingga dia pergi meninggalkan kita; kemudian kita akan sedih dan menyesal mengingatkannya…)

7. Terdapat banyak bebintang di langit tetapi hanya satu sahaja yang begitu menyerlah sehingga dapat menarik perhatian kita. Dari kalangan yang kita pilih untuk abaikan ialah sebutir bintang yang sanggup menyinari kita walau dimana sahaja kita berada.

(Bahagian 1: orang yang bersama kita ketika ini mungkin bukanlah orang yang benar2 kita sayangi…)
(Bahagian 2: terdapat orang yang tahu dia tidak dapat bersamamu ketika ini tetapi masih menyayangi kau sepenuh hatinya, fikirkanlah…)

8. Lawaknya bila kita meletakkan standard untuk orang yang bakal kita sayangi, tetapi jauh di sudut hati, kita tahu yang orang yang kita sayangi itu terkecuali daripada standard itu…(don’t be too choosy!)

(kita amat kritikal terutamanya kepada orang yang kita sukai atau sayangi kerana kita mahukan yang terbaik untuk diri kita. Tetapi sebenarnya kesempurnaan dan hubungan terbaik dapat dicapai dengan berusaha bersama. Ia bukanlah terletak kepada satu individu sahaja…)

9. Cinta itu membuatkan kita gembira walaupun ia sering melukakan. Cinta itu istimewa jika ia diberikan kepada orang yang bertuah.

(Jika kita bertemu seseorang yang benar2 menghargai kita, maka dia berhak mendapat kasih kita…)

10. Menyayangi/mencintai itu umpama bermain piano. pertama, kita bermain ikut peraturannya. Kemudian, lupakan peraturannya dan main ikut hati.

(kepercayaan terhadap pasangan adalah amat penting. Untuk mempercayai seseorang yang kita sayang/cintai, kita mestilah membuat dia mempercayai kita dahulu. Yakin terhadap diri sendiri dan pasangan kita. Jangan buat mereka ragu-ragu terhadap kita dan jangan ragu-ragu terhadap mereka…)

11. Apa kata seseorang memberitahu kita ini “Saya tidak percaya dengan courtship (mendapatkan perhatian bagi memenangi seseorang). Ia cuma membuang masa sahaja. Jika saya mencintai seseorang, maka saya akan meluahkan isi hati saya kepadanya. Tetapi, ada pula pengecualian bagi kita, jika kita mencintai dia, dia akan ‘court’ (sentiasa cuba memenangi) kita selamanya…”

(Cinta itu memerlukan masa untuk disedari kehadirannya. Terdapat cinta pandang pertama, tetapi ia masih memerlukan masa bagi pihak satu lagi menyedarinya. Merinduinya apabila dia tiada di sisi, mengharapkan berita daripadanya apabila berjauhan…)

12. Adalah lebih baik untuk berani mencintai walaupun akhirnya kita kecewa daripada tidak mahu mencintai kerana takutkan risiko atau cabaran yang bakal mendatang.

(Jangan berputus asa apabila terdapat saingan dalam percintaan. Adalah lebih baik untuk kita mencubanya terlebih dahulu; kerana jika kita berjaya, kemenangannya itu teramat manis. Tetapi, jika kita tidak mahu/berani mencubanya, kita mungkin akan kehilangan orang yang kita sayang/cintai selamanya…)

13. Kita tidak pernah kalah/kecewa dalam mencintai/menyayangi. Kita cuma kalah jika kita bertangguh.

(Jangan takut untuk meluahkan isi hati kita kepada orang yang kita sayang/cintai. Beritahu mereka dan biar mereka buat keputusan di pihak mereka. Salah satu perkara yang paling indah dalam hidup ialah memberitahu kepada orang yang kita sayangi betapa penting dan istimewanya mereka dalam hidup kita. Dengan itu, kita akan rasa lebih yakin dan puas. Dan kita akan rasa bangga terhadap diri kita kerana kita telah menunaikan tanggungjawab kita terhadap perasaan hati kita…)

14. Jangan sesekali mengkhianati perasaan hati kita kerana akibatnya, hanya kita yang akan sengsara; bukan orang lain.
Salah satu cabaran paling sukar dalam hidup ialah mencari orang yang tahu segala kelemahan dan kekurangan diri kita, tetapi dia masih sangup menyayangi kita dengan sepenuh hatinya.

(Cinta itu adalah berasaskan tolak ansur dan pengorbanan. Jika dia tahu kelemahan dan kekurangan kita dan masih sanggup bersama kita dan lebih menyayangi kita, maka kitalah orang yang paling bertuah! Dia layak mendapat cinta kita…)

15. Ruang kosong di antara celah-celah jari kita dicipta untuk dipenuhi oleh jari-jari orang lain.

(Bukalah pintu hati kita, benarkan orang yang kita sayangi masuk, jangan ragui tujuan mereka kerana keikhlasan itu dapat dirasai dalam hati…)

Dalam percintaan, terdapat beberapa perkara yang perlu disedari. Apabila kita bercinta…… Ia bukan ‘lesen’ untuk kita difahami; tetapi untuk kita memahami. Ia bukan ‘lesen’ untuk kita mengambil itu dan ini; tetapi untuk kita diambil. Ia adalah untuk kita mendengar; bukan supaya kita didengar. Ia adalah untuk kita berkorban dan bertolak ansur; bukan untuk kita meminta itu dan ini. Ia bukan untuk kita berkira2 atau mengukur; tetapi untuk kita mencintai setulus hati…..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s