Archives

All posts for the day January 3rd, 2012

Syukur…Ya Allah

Published January 3, 2012 by QasehQatrunnada

Alhamdulillah, dah masuk hari ke-3 tahun 2012. Tugasan harian yang sentiasa memerlukan perhatian sprt biasa, coti umum yg mcm xcoti je kat diri kite neh, bizik sgt2,kaum kerabat kite yg sentiasa ‘membawa rezeki’ ke teratak kite..luv u all :) syukur ..Ya Allahkerana Kau menganugerahkan aku famili yg terbaik :)

kite yg masih pening2 lalat nak meneruskan xtvt harian stlh umah kite tunggang langgang mcm kapal karam utk beberapa minggu, yg kdg kala wat kite sedikit stress hehehe…penat tau tak? kelmarin (02/01/12) umah kite baru je sunyi sepi, sob3…riuh rendah dgn hilai tawa sedu sedan tangisan jeritan, perubatan ‘channel radio’ hahaha semua nak bercakap tu la jadiknyer, umah kembali sunyi sepi, haiyaaa ml la nak wat imbasan nostalgia plak neh yg xcuke neh…mencik3. Sesi mengemas umah lom mula lagik, order pon byk lagik, menimbun2…Alhamdulillah, syukur Ya Allah atas kurniaan rezeki mu :)

Hajat kite nak wat bilik kraft lam proses…meja dah pon kite beli smlm *meja murah2 je beli kat Giant . Bile nak mula mengemas & mengangkut barang2 tu msk bilik xtau la lagik coz kite nak kejor date line ‘sarung bantal’ yg nak diterobangkan ke Keningau, Sabah sblm CNY haiyaaa, ale sempat tak? hik3….InsyaAllah sempat, aku target in this week gak setel sarung cushion tu…lol

:D hari ini setlah aku msk opis , setelah mendengar bebelan si ‘tucen’  * setel sume keje kite ‘ronda’ tenet yg tenat & kite dpt melihat wajahnyer, melihat cenyum…sggh bahagia rs hati w’pun kelopak mata dah bertakung ayaq jernih, emo toi this lately, mencik ar namun Alhamdulillah, syukur Ya Allah aku msh dpt melihat kebahagian itu , Terima Kasih Ya Allah….

So??…..dah berpuas hati? ye2 Alhamdulillah, kite ttp berpuas hati atas segala yg berlaku. KIte mulakan hari baru dgn cenyuman okies?… Alhamdulillah, Syukur Ya Allah :D

cara install CINTA KASIH

Published January 3, 2012 by QasehQatrunnada

Cara Install Cinta Kasih


Pelanggan (P):  Saya ingin memasang cinta kasih. Bolehkah anda memandu saya prosesnya?
Costumer Service (CS) : Ya, saya boleh membantu anda. Anda siap?
P: Saya tidak faham secara teknikal, tetapi saya bersedia untuk memasangnya sekarang. Apa yang perlu saya lakukan dahulu?
CS: Langkah pertama adalah membuka HATI anda. Tahukan anda di mana HATI anda?
P: Ya, tapi ada banyak program yang sedang aktif. Adakah saya tetap boleh memasang sementara program-program tersebut berjalan?
CS: Program apa saja yang sedang aktif?
P: Sebentar, saya lihat dulu, Program yang sedang aktif adalah SAKITHATI.EXE, RENDAHDIRI.EXE, DENDAM.EXE dan BENCI.COM.
CS: Tidak apa. CINTA-KASIH akan menghapuskan SAKITHATI.EXE dari system anda.
CINTA-KASIH akan menimpa RENDAHDIRI.EXE dengan modul yang disebut PERCAYADIRI.EXE.
Tetapi anda harus mematikan BENCI.COM dan DENDAM.EXE kerana Program tersebut akan menyebabkan CINTA-KASIH tidak dipasang secara sempurna.
P: Saya tidak tahu cara mematikannya. Bagaimana caranya?
CS:  Gunakan Start menu dan hidupkan MEMAAFKAN.EXE. lalu Aktifkan program ini sekerap mungkin sampai BENCI.COM dan DENDAM.EXE terhapus.
P: OK, sudah. CINTA-KASIH mulai dipasang secara automatik.Adakah ini wajar?
CS: Ya, anda akan menerima mesej bahawa CINTA-KASIH akan terus dipasang kembali dalam HATI anda. Adakah anda melihat mesej tersebut?
P: Ya. Apakah sudah selesai dipasang?
CS: Ya, tapi ingat bahawa anda hanya punya program dasarnya saja.Anda perlu menyambungkan dengan HATI yang lain untuk meng-upgrade nya.
P:  Uups. Saya mendapat mesej error. Apa yang harus saya lakukan?
CS: Apa mesej?
P: ERROR 412 – PROGRAM NOT RUN ON INTERNAL COMPONENT “. apa ertinya?
CS: Jangan khuatir, itu masalah biasa. Ertinya, program CINTA-KASIH diset untuk aktif di HATI luaran tetapi belum boleh aktif dalam HATI internal anda. Dalam istilah non-teknikal ini bererti anda harus men-”CINTA-KASIH”-i mesin anda sendiri sebelum men-”CINTA-KASIH”-i orang lain.
P: Lalu apa yang harus saya lakukan?
CS: Dapatkan anda klik pulldown direktori yang disebut “PASRAH”?
P: Ya, sudah.
CS:  Salin  file-file tersebut  ke direktori “MYHEART” MEMAAFKAN-DIRI-SENDIRI.DOC, dan MENYADARI-KEKURANGAN.TXT. Sistem akan menimpa file-fail yang rosak dan mula memperbaiki program-program yang salah. Anda juga perlu mengosongkan Recycle Bin untuk memastikan program-program yang salah tidak muncul kembali.
P: Sudah. Hei! HATI saya terisi file-fail baru. SENYUM.MPG aktif dipantau saya dan menandakan bahawa DAMAI.EXE dan KEPUASAN.COM dicopy ke HATI. Adakah ini wajar?
CS: Kadang-kadang. Orang lain mungkin perlu masa untuk memuat turunnya. Jadi CINTA-KASIH telah dipasang dan aktif. Anda harus boleh menanganinya dari sini. oh ya, Ada satu lagi hal yang penting.
P: Apa?
CS: CINTA-KASIH adalah freeware. Pastikan untuk memberikannya kepada orang lain yang anda temui. Mereka akan share ke orang lain dan seterusnya sampai anda akan menerimanya kembali.
Good luck, try to install it in your life!!!

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.